Kolaborasi Bersama Amanah Ikhtiar Malaysia AIM Cawangan Niah

25 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 oktober 2018 ( Rabu) seramai 11 orang peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menyertai program kolaborasi anjuran AIM Cawangan Niah bersama PI Niah Suai.

Peserta terdiri daripada golongan suri rumah tangga dan berumur lingkungan 35 - 55 tahun. Peserta juga dibantu dan dipantau oleh En. Izlan bin Mawardi.

Program yang dianjurkan mengambil masa selama 4 jam dari jam 8am-12pm. Antara intipati yang didedahkan ialah pengenalan kepada PC. Klik Dengan Bijak : Penipuan Internet, asas ICT : Microsoft Word dan Check Your Label.

Program diakhiri dengan cara membuka portal yang diajarkan sendiri oleh wakil tenaga pengajar AIM Cawangan Niah.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali